Mencipta kandungan PdP dengan Gemini
Unit 2 · 40 minit

Mencipta kandungan PdP dengan Gemini

Kerangka RAKAN, contoh prompt merentas mata pelajaran, Gemini dalam Google Workspace dan Gemini Notebook.

Selesai

Kerangka RAKAN untuk menulis prompt yang berkesan

Masalah paling biasa bukan AI yang lemah, tetapi arahan yang terlalu umum. “Buatkan saya soalan Sains” akan menghasilkan bahan generik. Gunakan lima komponen ini:

HurufKomponenContoh isian
RRujukan peranan“Anda seorang guru Sains.”
AAras dan audiens“Murid Tingkatan 2, kelas sederhana, ramai lemah Matematik.”
KKandungan dan konteks“Topik Tenaga dan Perubahan Tenaga, SP 5.2.”
AArahan tugasan“Hasilkan 8 soalan objektif dan 2 soalan struktur.”
NNorma output“Jadual dua lajur, Bahasa Melayu, sertakan skema jawapan.”

Pembina Prompt RAKAN

Isi lima ruangan. Prompt siap akan terbina di bawah. Tekan Salin dan tampal ke Gemini.

Gemini perlu berperanan sebagai siapa?

Tingkatan mana? Tahap kebolehan bagaimana?

Topik apa? Standard pembelajaran mana?

Apa yang perlu dihasilkan? Berapa banyak?

Format? Panjang? Bahasa? Apa yang perlu dielakkan?

Prompt anda (0/5 ruangan diisi)
Isi ruangan RAKAN di atas dan prompt lengkap anda akan terbina secara automatik di sini.
Petua pantas

Kalau prompt anda kurang daripada satu baris, jawapan pun kurang berguna. Prompt yang baik biasanya 4–8 baris.

Anda boleh menulis dalam Bahasa Melayu kerana hasilnya setara. Jika istilah tersasar, tambah: “Gunakan istilah seperti dalam buku teks KSSM.”

Contoh prompt merentas mata pelajaran

Gemini di dalam aplikasi Google yang guru sudah guna

AplikasiApa yang Gemini boleh buatContoh penggunaan guru
Google DocsBantu Saya Tulis untuk draf, ringkas dan ubah nadaDraf surat kepada ibu bapa; ringkaskan nota 10 muka surat
Google SlidesJana imej asli dan susun kandungan slaid12 slaid pengenalan topik dengan ilustrasi tanpa isu hak cipta
Google FormsBina borang dengan AI dan ringkaskan jawapanKuiz formatif pantas; ringkasan maklum balas murid
Google VidsHasilkan video daripada skrip atau slaidVideo penerangan 3 minit untuk murid yang tertinggal
Google SheetsAnalisis dan formula berpandukan AIAnalisis markah ujian; kenal pasti topik paling lemah
Antara muka Gemini dalam Google Classroom menunjukkan alat AI untuk pendidik
Antara muka Gemini dalam Google Classroom yang memaparkan alat AI untuk pendidik

Gemini dan Google Classroom

  • Aplikasi Classroom di dalam Gemini menghasilkan bahan yang lebih tepat kerana Gemini mengambil konteks kelas sebenar. (Tulis semua input dan arahan dalam BM jika mahu output dalam BM).
  • Ringkasan perkembangan murid berdasarkan data Classroom.
  • Draf tugasan dan hantaran, siap dengan kriteria penilaian.
  • Pelajaran audio gaya podcast terus di dalam Classroom.
  • Cadangan maklum balas AI untuk tugasan bertulis yang perlu disunting oleh guru.
Amaran penting

Maklum balas yang dijana AI ialah DRAF. Guru mesti membaca dan menyunting sebelum dihantar kepada murid. Maklum balas yang tidak disemak boleh tersasar daripada konteks murid dan menjejaskan kepercayaan.

Gemini dan Google Meet

  • Nota automatik (“Take notes for me”) sepanjang sesi.
  • Transkrip sesi yang berguna untuk murid yang tidak hadir.
  • Sari kata terjemahan langsung untuk murid yang kurang menguasai bahasa pengantar.
  • Ringkasan selepas mesyuarat yang menjimatkan masa menyediakan minit mesyuarat panitia.

Aliran kerja berbaloi: rakam kelas Meet → ambil transkrip → muat naik ke Gemini Notebook → jana peta minda dan kad imbasan → kongsi dalam Classroom sebagai bahan ulang kaji.

Cipta permainan interaktif dengan mod Canvas

Canvas ialah mod dalam Gemini (butang Canvas di bawah ruang prompt) yang bukan sahaja menulis teks, tetapi terus membina dan menjalankan aplikasi web mini di sebelah kanan skrin. Ini bermakna guru boleh menghasilkan permainan pembelajaran ringkas seperti kuiz interaktif, padanan istilah, roda rawak dan permainan susun langkah, tanpa perlu tahu langsung tentang pengaturcaraan.

Contoh permainan interaktif Sains Tingkatan 3 tentang Sistem Saraf Manusia yang dijana dalam mod Canvas Gemini
Contoh permainan interaktif Sistem Saraf Manusia dihasilkan terus dalam mod Canvas Gemini
Jenis permainanSesuai untukContoh penggunaan
Kuiz interaktif bermarkahSet induksi / penilaian pantas10 soalan objektif dengan skor dan maklum balas serta-merta
Padanan istilah (matching)Kosa kata, definisi, rumusPadankan istilah Sains dengan maksudnya
Susun langkah / urutanProses dan kronologiSusun langkah kaedah saintifik atau peristiwa sejarah
Roda rawak / kad imbasanPembelajaran berkumpulanPilih murid atau soalan secara rawak di hadapan kelas
Simulasi mudahKonsep abstrakSlider yang menunjukkan kesan suhu terhadap kadar tindak balas
Prompt Canvas untuk permainan padanan istilah
Anda seorang guru Sains Tingkatan 2 dan pembangun bahan interaktif.
Gunakan Canvas untuk membina satu permainan padanan (matching game) satu halaman.
Topik: Tenaga dan Perubahan Tenaga (KSSM, SP 5.2).
Kandungan: 8 pasangan istilah dan maksud dalam Bahasa Melayu.
Ciri: papan markah, pemasa 3 minit, kesan bunyi ringkas, butang "Main semula".
Reka bentuk: warna cerah, teks besar sesuai dipaparkan pada projektor kelas, mesra telefon.
Cara pantas menggunakan Canvas
  1. Buka gemini.google.com, tekan butang Canvas sebelum menghantar prompt.
  2. Tulis prompt gaya RAKAN dengan menyatakan topik, aras murid, jenis permainan dan ciri yang dikehendaki. ATAU pilih Notebook yang sesuai sebagai rujukan bahan.
  3. Cuba main sendiri dalam panel pratonton. Uji jawapan salah, bukan jawapan betul sahaja.
  4. Minta pembetulan secara berperingkat: “Tukar kepada 10 soalan”, “Besarkan saiz teks”, “Tambah maklum balas bila murid salah”.
  5. Tekan Share untuk mendapatkan pautan, atau muat turun kod untuk simpanan sendiri.
Semak sebelum guna di kelas

Permainan yang dijana AI boleh mengandungi jawapan yang salah atau istilah yang tidak selaras DSKP. Main sekali sepenuhnya dan semak setiap kunci jawapan sebelum dipaparkan kepada murid. Elakkan memasukkan nama atau data peribadi murid ke dalam permainan.

Gemini Notebook (dahulunya NotebookLM)

Antara muka Gemini Notebook menunjukkan featured notebooks dan recent notebooks
Antara muka Gemini Notebook, iaitu ruang kerja berasaskan sumber yang dimuat naik

Alat paling selamat untuk kerja berasaskan DSKP dan buku teks.

Prinsip utama

Gemini Notebook hanya menjawab berdasarkan sumber yang ANDA muat naik. Ia tidak mereka-reka daripada internet, jadi risiko halusinasi jauh lebih rendah dan setiap jawapan disertakan petikan kembali ke sumber asal.

Tiga langkah asas

  1. Muat naik sumber seperti PDF, Docs, Slides, pautan laman web, video YouTube, teks atau audio.
  2. Bertanya, dan jawapan datang dengan rujukan bernombor kepada bahagian sumber.
  3. Menjana bahan dengan panel Studio untuk menukar sumber kepada format lain.

Panel Studio dan apa yang boleh dijana

FormatKegunaan untuk guru menengah
Audio OverviewPodcast dua pembawa acara daripada nota anda; 80 bahasa
Video OverviewSlaid bernarasi untuk murid yang tertinggal pelajaran
Peta MindaGambaran struktur topik untuk set induksi dan ulang kaji akhir bab
Kad ImbasanLatih tubi istilah dan definisi daripada nota anda sendiri
KuizSoalan boleh dijana berulang kali; boleh dijadikan panduan belajar
InfografikRingkasan visual satu helaian untuk papan kenyataan kelas
SlaidDraf pertama pembentangan topik
Jadual DataSusun maklumat berselerak kepada jadual yang boleh dieksport
LaporanRingkasan bertulis berstruktur daripada berbilang sumber
Gunakan butang “Customise” untuk output yang lebih kreatif
Setiap format dalam panel Studio ada pilihan Customise. Jangan terus tekan “Generate”. Luangkan 30 saat untuk beritahu Gemini gaya, bahasa, panjang dan sasaran audiens anda. Contoh arahan ringkas: “Slaid untuk murid Tingkatan 2, Bahasa Melayu, gaya santai dan bergambar, setiap slaid satu idea utama dengan contoh harian.” Output yang di-customise jauh lebih hampir dengan kelas anda berbanding output lalai.
Dialog Customise slide deck dalam Gemini Notebook dengan pilihan format, bahasa Melayu, panjang dan ruang arahan gaya slaid
Contoh: menu Customise slide deck yang membolehkan anda pilih format (Detailed / Presenter), bahasa Melayu, panjang slaid, dan tulis arahan gaya sebelum tekan Generate.
Inspirasi arahan custom untuk infografik & slaid

Untuk arahan custom bagi menjana infografik dan slaid, boleh gunakan portal yang disediakan di nlmprompts.keeman.app. Portal ini mengumpul contoh arahan yang boleh disalin terus ke Gemini Notebook atau Gemini untuk hasil visual yang lebih kreatif dan sesuai dengan konteks kelas Malaysia.

Aktiviti 2: Bina satu set bahan PdP mini

0/7 langkah siap

20 minit · berpasangan. Gunakan bahan pengajaran sebenar yang anda bawa.

Kriteria kejayaan: anda berjaya jika ada SATU bahan yang boleh dibawa masuk ke kelas minggu depan. Tidak perlu siapkan ketujuh-tujuh langkah.

Sudah selesai bahagian ini?

Tandakan supaya kemajuan anda tersimpan dalam pelayar ini.

Modul Latihan Profesional Guru: DELIMa & Gemini AI untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Versi 1.0 • Julai 2026.
Disediakan oleh Chuah Kee Man (PhD dalam Teknologi Pendidikan) | www.chuahkeeman.com