
Bahagian A
Maklumat modul
Hasil pembelajaran dan susun atur masa bengkel 2 jam.
SelesaiHasil pembelajaran
Pada akhir sesi 2 jam ini, peserta akan dapat:
- Menerangkan struktur DELIMa 3.0 dan kedudukan Gemini di dalamnya.
- Membina prompt berstruktur menggunakan kerangka RAKAN.
- Menggunakan Gemini bersama Docs, Slides, Forms, Classroom dan Meet.
- Menjana bahan pembelajaran daripada sumber sendiri dengan Gemini Notebook.
- Menghasilkan item pentaksiran, rubrik dan lembaran kerja tiga aras.
- Menilai output AI dari sudut kesahihan, kurikulum dan keselamatan data murid.
Susun atur masa
| Masa | Segmen | Kaedah |
|---|---|---|
| 0 – 10 min | Pengenalan & orientasi peserta | Tayangan + soal jawab pantas |
| 10 – 35 min | Unit 1: DELIMa 3.0 dan Gemini | Kuliah pendek + Aktiviti 1 |
| 35 – 75 min | Unit 2: Mencipta kandungan PdP | Demo + Aktiviti |
| 75 – 115 min | Unit 3: Pentaksiran & lembaran kerja | Demo + Aktiviti |
| 115 – 120 min | Refleksi kendiri | Refleksi 3-2-1 |
Sudah selesai bahagian ini?
Tandakan supaya kemajuan anda tersimpan dalam pelayar ini.
